Thursday, 6 September 2012

Nak la cerita sikit ya

PERJUANGAN SEORANG AMBO
Menulis. Itu makanan batin ambo seawal usia sebelas tahun. Minat ini datang apabila selalu menghadap antologi cerpen teks sastera abang dan kakak-kakak. Percubaan pertama dengan menulis skrip radio selepas melihat antologi skrip drama radio milik mak saudara yang berjudul Pulang Gadisku Pulang (Jika tidak silap). Ketika ini usia baru sebelas tahun.

                Apabila masuk ke sekolah menengah, ambo mula ‘mampu’ membeli majalah sendiri. Dari situ ambo mula timbul minat untuk menulis cerpen. Acap kali buku latihan yang berbaki muka suratnya setiap tahun ambo gunakan untuk menulis cerpen. Arwah bonda selalu marah melihat ambo asyik menulis dan menulis. Pernah sesekali ambo menghantar nukilan rasa ke majalah Remaja ketika itu apabila kecenderungan membeli majalah remaja (dek kerana selalu ada poster Abang Johnny Depp) membuatkan ambo terdedah dengan ruangan nukilan rasa. Huh, malangnya satu tak pernah tersiar sebab ambo hanya menggunakan tulisan tangan dan kertas kajang. Maklumlah, mustahil untuk memiliki sebuah mesin taip ketika itu.

                Minat terhadap dunia penulisan menjadi-jadi apabila ambo sering didedahkan oleh guru dengan aktiviti sayembara puisi dan cerpen. Malangnya penyertaan ambo tidak pernah membuahkan hasil walaupun untuk peringkat sekolah. Guru komen bahasa yang ambo guna. Hem…. Guru pun mungkin belum terdedah dengan BMT ketika itu sebab tu selalu wujud garisan berdakwat merah di bawah perkataan BMT.

                Usia tujuh belas tahun, ketika ini kakak ambo Cik Jah  telah membeli sebuah mesin taip selepas dia mengikuti kursus menaip, ambo apalagi, tumpang sekalilah. Ketak-ketuk, ketak-ketuk ambo menulis di kertas A4 setiap malam. Hantar dekat majalah Mingguan Wanita, tersiar. Namun ambo tak sedar karya ambo disiarkan, ambo sedar-sedarpun dekat dua tahun kemudian selepas menerima cek daripada pihak majalah. Huih, punyalah lama zaman tu nak menerima honorarium untuk karya kita. Dekat dua tahun ambo royak ko demo….

                Dah dapat duit tu, ambo melompat setinggi yang bulih, arwah bonda senyum meleret tengok tabiat menulis ambo yang arwah anggap buang masa akhirnya membuahkan wang. Langsung aktiviti menulis ambo tidak di sekat, peluang dibuka selebar-lebarnya. Waktu ni ambo pun memberanikan diri bergiat dalam persatuan. Mesyuarat sana-sini dengan ahli persatuan. Maklumlah, baru setahun jagung ambo dalam persatuan, sudah dilantik jadi AJK. Sibuk no....

                Selepas tu bukan susah lagi untuk karya ambo tersiar dalam majalah dan akhbar. Tunggu hantar saja..wah riak la pulak ambo ketika ni. Namun seiring dengan usia yang makin meningkat, karya ambo bukan lagi yang menjurus kea rah percintaan muda-mudi. Ambo sudah advanced. Menulis benda kabur dan absurd. Cepatlah pihak akhbar siar. Ketika ni ambo guna macam-macam nama pena…kalau zaman sekolah dulu ambo guna nama pena ILHAM EHSAN, tapi dah dewasa ni ambo guna nama Mahiran Wan Mohamad, Ma Mohamad, Wan Mahiran WM dan Wan Mahiran Wan Mohamad.

                Ambo rasa seronok pula guna nama sebenar.:))

                Ketika Alaf 21 semakin meningkat naik dalam industri penerbitan semasa ambo di U. Ambo cuba berjinak dengan dunia penulisan novel setelah tawaran menulis skrip drama tv oleh Perkasa Filem ambo rasakan tidak begitu kena dengan jiwa ambo. Ambo pun cuba menulis novel, salin balik idea-idea lama yang bertaip mesin taip ke dalam computer. Namun untuk menjelmakan dalam bentuk manuskrip tak mampu kerana kos fizikal. Computer pun ambo beli dengan duit loan. Nak minta bantuan abang, dahlah ambo belajar pun dia tanggung, takkan untuk menulis pun ambo nak minta duit dia…tu namanya melampau.

                Akhirnya karya demi karya ambo simpan je dalam hard disk computer sehingga ambo tamat belajar. Ketika itu ambo tetap menulis untuk akhbar dan majalah untuk cari duit poket. Namun dulu akhbar ni kalau kita tak tuntut bayaran, maunya dia orang bayar. Tak macam sekarang, nak hantar karya kena hantar sekali no akaun agar senang dia orang buat bayaran. Berkali-kali juga karya ambo tak berbayar, namun ambo tetap puas selagi tersiar. Pada masa ini, menulis dengan majalah bawah Karangkraf sajalah yang senang dapat bayaran.

                Bila ambo habis belajar, ambo balik kampung, computer ambo ambo sekali, menulis sambung manuskrip, ada rezeki konon nak print out dan hantar. Malangnya computer buat hal…hard disk rosak. Abang ambo ambil computer ambo, bawak balik KL tanpa tanya ambo sepatah, dia tertukar, sepatutnya dia ambik computer acik la dia…habislah semua karya ambo dalam tu hilang semasa dia baiki computer tu dan letak opis dia. Huaaaaa….manuskrip ambo!

                Mood untuk menulis ambo mati. Betul! Bukan senang demo nak hadirkan balik mood menulis tu. Lama ambo tunakarya. Dia saja sehinggakan apabila ambo mula berkawan dengan suami ambo Encik Azmi Aziz  ni, dia tak tau pun status ambo sebagai penulis. Kemudian ambo berkahwin dengan dia. Semasa jadi isteri Encik Azmi Aziz ni, ambo mengadap computer, dia pelik dan tanya ambo buat apa. Dahlah menulis je kerja, buku rujukan menulis jenuh ambo belek. Ambo maklumkan ambo nak buat buku ambo sendiri. dia tak paham…opssss, manalah dia nak paham sebab ambo tak cakap pun ambo penulis….ada jawatan dalam persatuan peringkat negeri..ahli persatuan penulis peringkat negara. Wahhhh, macam bagus sangat ya. Tapi ambo memang tak cakap pun semua tu…pedulikan, lagipun hal tu semua tak beri makna buat ambo. Persatuan sikit pun tak menyumbang untuk karya ambo. Persatuan hanya beri ambo peluang bergaul dengan kawan penulis. Ya, itu saja! Sebab tu sehingga sekarang, ambo tidak lagi aktif berpesatuan.

                Pelik kan? seorang suami tak kenal siapa sebenarnya isteri dia.

                Namun bukan senang nak berjaya jadi penulis ni. Lepas siap manuskrip, ambo hantar di ALAF 21, 3 tahun manuskrip terperap di sana, apabila dihubungi jawapan dia orang masih belum masuk jadual…3 tahun jawapan yang sama ambo terima. Akhirnya ambo didesak dari banyak sudut, abang ambo suruh tarik balik karya di ALAF 21, suami juga suruh tarik balik….akhirnya ambo hantar manuskrip lain ke cesb, tak sampai setahun nah….sebuah karya CINTA…DI MANA? Bawah jenama ANNUR PUTERI siap berada di rak2 kedai buku seluruh negara.

                Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat nak bergelar penulis. Bagi ambo ini kejayaan terbesar ambo sebab bukan senang nak lihat karya kita dalam bentuk novel diedar serata Malaysia.

                Kenapa Annur Puteri?

                Semuanya berlaku apabila pihak CESB  tidak mahu nama yang digunakan untuk karya di bawah Alaf21 yang masih belum masuk jadual penerbitan (ada 2 di sini, BIARKAN SAJA DAN CINTA SUFI) digunakan juga di syarikat mereka kerana bimbangkan pertembungan pemasaran. Lalu ambo redha untuk menggunakan nama Annur Puteri yang diambil sempena nama puteri sulung ambo, Annur si Kakak yang suka merajuk. Terkuburlah nama Wan Mahiran Wan Mohamad yang sepatutnya ambo guna (atas nasihat SUtung Umar RS yang menjadi editor di Berita Harian ketika itu).
                Melihat proses penerbitan yang tidak begitu mengambil masa di cesb, ambo didesak lagi oleh keluarga terdekat untuk menarik balik karya di Alaf 21, jadi ambo pun tarik balik CINTA SUFI dan BIARKAN SAJA. Bagi mandat untuk diterbitkan oleh CESB. Lalu ada 3 karya ambo diterbitkan CESB untuk tempoh 3 tahun berturut-turut.


                Malangnya, timbul masalah royalti pulak.

                Walaupun 3novel utk 3thn berturut2 di bawah label CESB royalti tertunggak sekian banyak masa. Ambo boleh bersabar dlm hal ni n cuba memahami phak syarikat. Ambo faham jika tidak kerana hambatan masalah kewangan, CESB tidak akan membiarkan penulis di bawahnya menerima tekanan sebegini. Namun kekangan drp banyak pihak membuatkan ambo terpaksa membuat perhitungan dgn CESB. Alhamdulillah, semua membuahkan hasil walaupun tunggakan dibayar secara beransur2.

                 Jujurnya ambo sayangkan penerbitan ini yg tidak mengambil sikap pilih bulu. Peluang diberi kepada semua untuk menjadi penulis. Di sini ambo membina jenama ANNUR PUTERI, ambo tak pernah lupa jasa CESB dalam melahirkan ambo sbg penulis.

                Sungguhpun demikian, ambo perlu berpindah syarikat dek kerana masalah2 tertentu n bukan setakat royalti semata. Lalu sekali lagi ambo mengintai peluang di GBK. Kalau dulu di Alaf21, kali ini di BUKU PRIMA pula. Ini kerana ambo percaya Karangkraf akan membuka peluang kepada ambo sebagaimana selama ini majalah2nya sentiasa memberi peluang kpd ambo mengasah bakat sebagai penulis.

              Alhamdulillah, manuskrip DEDALU tidak dibiarkan lama...(walaupun dekat setahun di penerbitan tu tak lama bagi ambo) meskipun juga ditukar kepada tajuk YANG INDAH HANYA SEMENTARA atas tujuan pengkomersialan,ambo redha.

                Februari 2011 terbitan novel pertama ambo dgn syarikat bawah GBK....n ini membuka ruang lebih luas kepada ambo untuk mengubah nasib...Belum beberapa lama di pasaran dah masuk cetakan ke2. Di sini ambo boleh tersenyum dgn hasil YIHS :)
              
               April 2012 pula muncul SEMANIS CINTA SEMALAM yg melebarkan senyum pada wajah ambo....sebuah novel panggilan mawaddah buat sorang abang yang banyak berkorban (terima kasih abang).
Ambo merasa bertuah diberi peluang begini oleh Allah. Sedari kecil ambo berdoa agar Allah makbulkan doa ambo utk jdi penulis. Sebab tu gamaknya ambo langsung xde peluang untuk menjawat jwatan tetap...Ambo tidak menyesal kerana dulu sentiasa berdoa untuk menjadi penulis.

IMPIAN AMBO TERCAPAI

Syukur alhamdulillah. Walaupun ambo tidak mempunyai kumpulan pengikut seperti nama2 besar lain, alhamdulillah, ambo masih mempunyai kumpulan pengikut yang tersendiri. Dalam pada itu, semakin meningkat usia ambo, royalti yg banyak di dunia bukan lagi perkara pokok yang ambo kejarkan...sebaliknya tanggungjawab sosial dn saham di akhirat kelak lebih ambo pikirkan...ambo mahu simpan duit di bank akhirat banyak2 agar satu di sana nanti ambo mampu beli mahligai mewahh...tidak kisah di mana, Jannah, Firdausii, Illiyyina atau mana2...janji ada mahligai indah dan mewah menanti di sana. Insya-Allah. Amin.

Untuk semua yg terlibat dalam menyokong, memberi peluang untuk ambo bergiat dalam bidang ni, terima kasih banyak2...keluarga, guru, penerbit n semua...untuk suami tercinta Azmi Aziz n anak2 yg comel, terima kasih kerana memahami masa2 yg tidak ambo habiskan bersama kalian...sebaliknya lebih di depan komputer. apapun demo semualah yng menjadi kekuatan dan sanggah kepada ambo.

          Dewi Zulaika yang banyak bunyi juga terima kasih walaupun melabelkan karya baru ambo sebagai banyak mengandungi unsur 'tahyul' namun dalam masa yg sama memerankan diri sebagai promoter.

          Untuk kawan2 penulis n adik2 yg bakal menjadi penulis...menulislah dengan hati dan iman....insya-Allah bakal mendapat kedua2nya. dunia dan akhirat

Daripada Ali bin Abu Thalib:
SETIAP ORANG AKAN MATI, BEGITU JUGA PENULIS. YANG TINGGAL HANYALAH TULISANNYA. MAKA MENULISLAH KAMU UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT






No comments:

Post a Comment