Abaikan mana-mana bahagian yang anda tidak persetujui.
REVIEW CINTA CAPE TOWN : NORA ISMA FUAD:BUKU PRIMA
Melihat tajuknya, AP terfikir-fikir, adakah kisah cinta
mereka yang menjadi pemeran dalam karya ini bermula di Cape Town? Apa istimewanya
Cape Town sehingga memungkinkan berlakunya
sebuah kisah yang diadun dalam novel setebal ini. Namun dugaan AP meleset,
rupanya Cape Town tidak memulakan sebuah cinta untuk pemeran-pemeran utama
dalam novel ini dan membentuk hubungan baru antara Ridzuan dan gadis yang
awalnya disangka bernama One. Selebihnya Cape Town hanya sebuah destinasi jauh
dari Malaysia yang mendatangkan kembali rindu kepada Saiful kepada si isteri.
Baiklah,
menilai Cinta Cape Town dari sudut karya kreatif, ia karya yang sangat baik
kerana penulis Nora Isma Fuad berjaya menjadikan cerita ini i-novel seperti
yang dicanangkan. Dialog-dialog yang terlantun daripada setiap watak bukan
dialog kosong. Banyak ilmu bantu yang disebatikan di dalam setiap dialog, jadi
pembaca mendapat banyak pengetahuan baru di situ. Ini merupakan trademark
penulis ini bagi AP kerana setiap karyanya, sebagaimana Purnama Merindu sebelum
ini juga bukan mahu mengetengahkan cinta semata-mata namun lebih utama daripada
itu penulis sebenarnya mahu memberi ilmu dalam medium yang ringan atau
setepatnya medium kreatif.
Sinikal
tentang gejala LGBT disentuh secara santai namun mengesankan. Malahan boleh
membakar hati golongan-golongan tertentu. Aliran pemikiran pemikiran penulis
dan pegangan penulis berkaitan isu ini diwakilkan oleh pemeran-pemeran dalam
cerita. Ilmu tentang pembinaan terowong, tentang lukisan dan tokoh-tokoh hebat
dalam lukisan turut disentuh. Tidak ketinggalan beberapa hukum agama dirungkai ‘manis’
melalui watak Natrah yang banyak menyimpan konflik sendiri.
Latar
novel ini tempat novel ini merentas sempadan, hingga ke Cape Town, hingga ke
Rom namun ironinya atau kontra daripada
latar tempat yang jauh itu, latar masanya pula terlalu singkat. AP kira dalam
novel setebal ini, ia hanya memakan masa lebih kurang dua ketiga minggu sahaja.
Inilah yang menimbulkan kekaguman amat pada AP kerana penulis berjaya
menjadikan cerita ini tidak meleret-leret walaupun mahu menceritakan banyak hal
dalam tempoh masa yang singkat. Penulis memang berjaya memanipulasi ruang masa
dalam karya dengan mengisi sebanyak mana konflik dan diberi pada setiap watak.
Menyentuh tentang konflik, untuk watak utama Saiful dan Katrina, masalah mereka merupakan masalah biasa dalam rumahtangga. KIsah kasih sayang dan cinta yang semakin luntur apabila masa berganti masa. Apatah lagi apabila keputusan untuk menerima Saiful menjadi imam dalam keluarga dibuat Katrina kerana perasaan marah dan dendam terhadap Nik Hisyam yang berpunca dari fitnah. Ini amat realistik. Konflik ini teramat-amatlah relevan kerana bayangan kekasih atau seseorang yang pernah mencatur arah dalam kisah percintaan kita masa silam, tidak banyak sedikit akan mengganggu hidup kita, apatah lagi jika kurangnya imam di dada, syaitan akan berusaha memainkan peranan bersungguh-sungguh untuk memastikan rumahtangga yang lama terjalin tidak kekal lama.

Dalam hubungan
yang semakin malap, dalam kondisi kita melihat terlalu banyak kelemahan pada
pasangan kita, semua tidak mustahil. Tambahan apabila Katrina digambarkan
sebagai watak yang inginkan kemewahan. Sikap biasa wanita tambahan apabila
merasakan suami memang mampu untuk berbuat demikian tetapi memilih untuk tidak
berbuat demikian. Katrina mewakili banyak wanita metarialistik di luar sana,
yang menuntut macam-macam bagi pandangan AP. Jujurnya watak begini mengundang
benci AP terhadap Katrina. Dengan kelemahan pada hati yang masih terkenang
kekasih lama, tidak memberi sepenuhnya cinta kepada suami walaupun sudah
bertahun-tahun kahwin, materialistic, suka memburukkan suami dan tidak
menyembunyikan aib suami memang mudah mencipta benci dalam hati kita. Padahal
di sinilah istimewanya Cinta Cape Town ini apabila watak utama yang selalunya
jika dalam karya konvensional dicitrakan penuh sempurna namun dalam novel ini
watak ini tidak begitu sempurna. Kelebihan Katrina hanya kerana dia cantik. Itu
sahaja.
Bagi AP, watak Katrina yang mempunyai suami seperti Saiful (yang pernah satu masa bagai mahu tergelincir dan curang terhadapnya) tidak mampu mengundang simpati AP. Sebaliknya simpati ini lebih terarah kepada watak Natrah kakaknya yang banyak mengalami masalah emosi namun kuat. AP seakan merasa rentak sunyi Natrah yang tidak bersuami. Boleh faham mengapa dia memilih untuk terus sendirian. Kesetiaannya terhadap Hakim (jika tak silap) membuatkan dia menjunjung cinta itu sehinggalah benar-benar bertemu lelaki yang sesuai dengan dirinya. Memang Natrah digambarkan lebih sempurna sikap dan budi bahasanya berbanding Katrina. Walaupun ada beberapa sikap Natrah yang AP tidak setuju, AP sedia terima hakikat tidak semua manusia itu sempurna. Lagipun Natrah yang ada dalam Cinta Cape Town watak realistic. Relevan dengan manusia-manusia dalam alam reality.

Saiful mewakili ramai lelaki di luar sana. Ramai
lelaki yang menganggap isteri tetap akan
kasih dan cinta kepada suami walau bagaimanapun layanan suami terhadap isteri.
Tidak perlu berlebih-lebih melayan isteri. Tidak perlu berlebih-lebih atau
berusaha untuk terus mewarnai kehidupan berumahtangga mereka. Dengan ada
anak-anak sudah cukup untuk mengikat perkahwinan. Kebanyakan lelaki memang berfikiran begitu. Tidak
berusaha untuk memastikan seri cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga
kekal. Seperti di alam reality, Saiful
juga tidak lari dari kecenderungan lelaki menjamu mata di luar. Dengan
kehadiran Yati, menjelaskan lagi perangai Saiful. Memandangkan latar masa karya
ini terlalu singkat, maka kita tidak boleh persoalkan kenapa Saiful tiba-tiba
boleh berubah. Hanya dengan ajakan teman untuk ke Afrika, dia berubah menjadi
pemurah dan sedia mempersetujui semua permintaan Katrina dalam masa singkat.
Cumanya, Ap tidak boleh menerima tindakan bersetuju dengan ajakan teman untuk
ke Afrika tanpa berbincang dengan isteri terlebih dahulu. PAdahal Afrika bukan
dekat. Semacam tidak logic apabila ada suami bersikap demikian. Namun tidak
bersetuju itu AP padamkan kerana ini NOVEL atau KARYA KREATIF, apa saja
kemungkinan boleh BERLAKU!
Duha.
Kondisi biasa apabila seorang suami tidak dapat menerima kematian secara
tiba-tiba. Namun menimbulkan sedikit rasa ralat apabila lelaki yang digambarkan
obsess terhadap isteri sehingga gagal menerima hakikat kematian isteri dan
hidup dalam dunia khayalan tiba-tiba boleh jatuh hati dengan mudah terhadap
wanita hanya dengan sekali pandang apabila dia kembali normal. Namun demikian,
saat pertama kali bertemu watak Duha dalam novel ini, kita dapat menebak Duha
bakal menjadi harapan masa depan Natrah walaupun diganggu dengan kewujudan
Sulaiman yang secara tiba-tiba menjadi suami Natrah. Sama ada mereka mampu
bersatu atau tidak, anda dapatkanlah novel Cinta Cape Town ini.
Nilaikan
setiap konflik yang berlaku dalam diri Katrina, Saiful, Duha dan Natrah. Jika
menyelami Katrina, cuba jenguk hati sendiri, adakah kita begitu? Sebab Katrina
memang mewakili ramai wanita di alam reality seperti halnya Saiful yang disebut
tadi.
Konklusinya,
Cinta Cape Town berjaya menarik
perhatian AP untuk terus membaca walaupun tidak sarat dengan konflik.
Permasalah yang selalu berlegar dalam masyarakat menjadi begitu menarik apabila berjaya
digarap penulisnya dengan berjaya sekali. Jika ia bukan novel yang menarik AP
tidak mampu menghabiskan bacaan hanya dalam masa separuh hari sahaja!
Dapatkanlah karya ini di pasaran. Percayalah anda akan tenggelam dalam watak Katrina yang bagai menyuluh diri sendiri!
Dapatkanlah karya ini di pasaran. Percayalah anda akan tenggelam dalam watak Katrina yang bagai menyuluh diri sendiri!
hi nak tanya, boleh listkan nama2 watak dalam novel tu? thank you :)
ReplyDelete