Sunday, 29 September 2013

REVIEW THE TUNNEL GIRL KARYA NUR SAKINAH HANANI MOHD AZMI TERBITAN MAPIM

THE TUNNEL GIRL NUR SAKINAH HANANI MOHD AZMI

Ini bukan karya berbahasa Inggeris, sebaliknya untuk lebih menarik karya ini ditajukkan dengan Bahasa Inggeris. Suatu pendekatan yang baik untuk mengetengahkan sesuatu yang antarabangsa.

Nur Sakinah Hanani selaku pengarang novel nipis namun berat ini baru berusia enam belas tahun. Namun kelahiran novel sulung beliau untuk memberi impak besar bukan setakat untuk dirinya, malahan seluruh remaja kerana dalam keadaan remaja kita makin larut dalam kebobrokan sosial masyarakat, muncul seorang gadis menjadi srikandi dan layak menjadi contoh positif untuk semua remaja.

Biar AP mesrakan sapaan pengarang dengan ringkas nama Nani sahaja. Nani, dalam usia semudanya telah mampu menghasilkan sesuatu yang sarat dan berat melalui karya pertamanya yang mendapat perhatian banyak badan media negara kita. Kisah The Tunnel Girl merupakan kisah mengabadikan kenangan melalui terowong GAZa yang kini sudah dimusnahkan puak kufar pemerintah Sisi Laknatullah sebaik rampasan kuasa di Mesir. Tentu Nani sebagai anak gadis yang sempat mengalami situasi mendebarkan sepanjang melalui terowong yang sempit, yang banyak merakam suka duka dan getir hidup rakyat GAZA Palestine merasa bertuah kena mampu mengabadikan terowong ini dalam bentuk karya.

The Tunnel Girl, membacanya akan membuatkan anda tidak menjangkakan ia dihasilkan oleh pengarang yang tersangat muda namun usia muda tidak menghalangnya menghasilkan sesuatu yang bermakna, dari segi isi, teknik penceritaan, teknik visual dan segala macam lagi. Sekali imbas, kita akan menjangkakan karya pendek yang padat ini dihasilkan individu yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan.

Tidak hanya berkisar tentang terowong yang dilalui, Nani bijak mengetengahkan ilmu bantu yang ada padanya untuk dikosmesiskan ke atas karya ini. Pengetahuan tentang sejarah-sejarah tertentu, tentang As-Syahid Ahmad Yassin dan beberapa isu lain diadun cantik dalam karya ini.

DAlam pada itu sedikit sejarah tentang sahabat juga turut dimuatkan untuk menjadikan karya ini sebuah karya sejarah. Juga ada kisah tokoh pahlwan ulung Salahuddin Ayyubi. Semuanya memberi kita mengimbau semula peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Islam dalam idea baru.

lebih daripada itu, penyebutan watak abah, umi dan Abang Sani terasa dekat di hati AP kerana AP kenal mereka walaupun tidak secara nyata tapi pernah berhubung di alam maya ini terutama Kak Mas sebagai watak umi. Mengenali mereka yang penuh dengan sikap juang membuatkan kita lebih memahami erti perjuangan dalam diri Nani.

Konklusinya, The Tunnel Girl sebuah karya rakaman pengalaman gadis muda untuk membangkitkan semangat srikandi dalam diri anak muda terutama anak muda Malaysia yang semangat hanyut dan tenggelam gejala sosial.

Tidak kurang pentingnya juga untuk disebut, sekiranya anda telah mendapatkan The Tunnel Girl ini, bermakna anda secara tidak langsung akan membantu saudara-saudara kita di seluruh dunia kerana sebahagian daripada hasil jualan novel ini akan disalurkan ke tabung MAPIM yang cukup terkenal sebagai badan NGO yang banyak membantu ummah tertindas peringkat global.

Jadi, tidak rugi untuk anda dapatkan The Tunnel Girl, 3 dalam 1, hiburan, ilmu dan amal,

No comments:

Post a Comment