Saturday, 5 October 2013

ULASAN RINGKAS HANUMAN: POTRET DIRI KARYA UTHAYA SANKAR SB

Mungkin ia satu kisah epik yang bagi individu lain terlalu asing. Dengan nama wataknya, dengan unsur agama dan budaya di dalamnya. Semuanya asing. Berlatarkan dunia yang sudah tentu tidak nyata. Kisah di medan perang dengan makhluk yang juga jauh dari logik akal. Pun mengapa ia masih mengundang dentuman hebat dalam jiwa? Hati bergelora. Sedih. Semuanya bersatu dengan harapan yang menggunung dalam diri, iaitu untuk melihat kebahagiaan. Malangnya hampa. Lalu tidak waraskan AP kerana terlalu kasihankan kera putih bermata hijau itu? Sehingga pada satu tahap airmata mengalir apabila membaca kalimah : Kalau dibelah dadaku, mungkin akan kelihatan juga seekor kera putih yang menangis kerana rindukan kasih sayang ibu bapanya."

Ya sungguh sedih membaca kisah kasih ini.

Begitulah HANUMAN: POTRET DIRI.

Satu kisah kasih sayang yang disampaikan dengan cara tersendiri. Satu kisah pengorbanan yang memerlukan mata halus untuk melihatnya.

Lalu percayalah, kasih sayang itu ada di mana-mana.

No comments:

Post a Comment