SPAGETI OLIO AYAM
Spageti Olio Ayam
Bahan:
spageti-rebus hingga lembik dan toskan
isi ayam yang sudah direbus sebanyak yg kita suka.
minyak zaiton secukupnya
herba parsley
oregano flakes
serbuk paprika
bawang putih
bawang besar holland
garam
serbuk perasa
cara buat:
panaskan minyak zaiton,tumiskan bawang putih dan bawang holland yg
telah dicincang (ambo suko cincang kasar) hingga naik bau,jangan sampai
hangit,masukkan isi ayam yang sudah direbus,kacau lebih kurang biar
sedikit garing, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa, masukkan
serbuk paprika,kacau lagi, masukkan herba parsley dan oregano flakes.
agak2 semua bahan dan sebati, angkat. Taburkan lagi oregano dan herba
parsley,juga serbuk paprika kalau mahu pedas.
sedia untuk dimakan.
*anak2 tak suka spageti tapi yang ni siap minta masakkan lagi malam ni.
Nak lagi sedap tabur serbuk keju parmesan tapi ambo takde stok keju ni, jadi kira macam ni sajalah. Mudah.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment