Tatkala kalam berkata-kata di situ lahirnya cinta... di situ lahirnya kasih Demi-Mu Ya Rabb, berkatilah seluruh mawaddah yang terluah Menerusi tinta kalam hamba-Mu ini.Amin
Monday, 3 November 2014
Udang Masak Cili
Resepi ni sama dengan masak ketam tu..cuma tak perlu tambah air memandangkan udang tdk memerlukan masa yg lama untuk masak
Bahan
1 kilo udang galah.
3 Ulas cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos cili
garam secukup rs
1/4 keping gula melaka
sekeping asam keping
serbuk perasa (optional)
minyak untuk menumis
Cara buat:
Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar, letakkan gula melaka, asam keping, tumis hingga garing atau pecah minyak, masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa. Serasikan. Kemudian masukkan udang galah. Dengan api perlahan, biarkan masakan merenih dan bahan tumisan menjadi pekat.
Blh hias ikut citarasa. Sedia untuk dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment