Tatkala kalam berkata-kata di situ lahirnya cinta... di situ lahirnya kasih Demi-Mu Ya Rabb, berkatilah seluruh mawaddah yang terluah Menerusi tinta kalam hamba-Mu ini.Amin
Monday, 3 November 2014
LASAGNA COKLAT
Bahan2:
1 pek Crushed Oreo (leh jumpa kat kedai jual bahan-bahan baking)
6 sudu besar butter, dicairkan
1 pek cream cheese (500gm)
250 ml air
850 ml susu + 4 sudu besar susu segar
3 1/4 cawan whipping cream
1 pek dadih perisa coklat
3 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan gula
Serbuk koko/ cip coklat untuk hiasan
Cara2:
1. Dalam mangkuk, gaulkan oreo bersama butter yang dah dicairkan. Sebatikan dengan menggunakan garfu. Ratakan lapisan pertama dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese sampai kembang. Tambah 4 sudu besar susu dan gula, pukul rata. Masukkan whipping cream.
3. Dalam periuk,didihkan air dan 850ml susu segar. Kemudian masukkan serbuk dadih dan tepung jagung. Kacau rata sehingga larut dan sedikit likat.
4. Tuang larutan dadih atas lapisan oreo, bagi sejuk seketika supaya lapisan dadih kental. Kemudian ratakan lapisan cream cheese. Ulang dengan lapisan oreo, dadih coklat dan akhir sekali dengan cream cheese. (in case dadih dah pejal, leh heat balik bagi dia cair).
5. Tabur serbuk koko atau cip coklat atas lapisan cheese. Sejukkan dalam fridge semalaman sebelum dihidang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment