Tatkala kalam berkata-kata di situ lahirnya cinta... di situ lahirnya kasih Demi-Mu Ya Rabb, berkatilah seluruh mawaddah yang terluah Menerusi tinta kalam hamba-Mu ini.Amin
Tuesday, 4 November 2014
SPAGETI BOLOGNESE DENGAN BEBOLA DAGING
Bahan;
Spageti ikut sebanyak mana yg anda nak makan la...agak2 sndri...
3 ekor udang galah...nak lebih pn xapa.
sos spageti bolognese
2 ulas bawang putih
setengah biji bawang besar holland
minyak zaiton utk menumis
garam secukup rasa
herba parsley, oregano n paprika
serbuk lada hitam berperisa
bebola daging (ambo guna yg wat sendiri je)
Cara buat:
Rebus spageti dgn sedikit garam sehingga lembut. Toskan kemudian ketepikan. Lumurkan udang galah dengan serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam magic pan lbh kurang 5 mnt...tgk kalu ekor n kepala dh bercantum, kira blhlah tu.Kemudian dalam kuali, panaskan minyak...goreng bebola daging sampai masak, ketepikan. Dengan minyak yg sama tumis bawang putih n bawang besar holland....dh naik bau masukkan sos bolognese., renciskan parsley flakes, herba oregano n paprika. masukkan sedikit grm. Masak lebih kurang 10 minit. Apabila dh masak, tuang atas spageti tadi. Kemudian letaklah udang n bebola daging. Hias ikut citarasa anda...sedia utk dimakan.
Monday, 3 November 2014
LASAGNA COKLAT
Bahan2:
1 pek Crushed Oreo (leh jumpa kat kedai jual bahan-bahan baking)
6 sudu besar butter, dicairkan
1 pek cream cheese (500gm)
250 ml air
850 ml susu + 4 sudu besar susu segar
3 1/4 cawan whipping cream
1 pek dadih perisa coklat
3 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan gula
Serbuk koko/ cip coklat untuk hiasan
Cara2:
1. Dalam mangkuk, gaulkan oreo bersama butter yang dah dicairkan. Sebatikan dengan menggunakan garfu. Ratakan lapisan pertama dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese sampai kembang. Tambah 4 sudu besar susu dan gula, pukul rata. Masukkan whipping cream.
3. Dalam periuk,didihkan air dan 850ml susu segar. Kemudian masukkan serbuk dadih dan tepung jagung. Kacau rata sehingga larut dan sedikit likat.
4. Tuang larutan dadih atas lapisan oreo, bagi sejuk seketika supaya lapisan dadih kental. Kemudian ratakan lapisan cream cheese. Ulang dengan lapisan oreo, dadih coklat dan akhir sekali dengan cream cheese. (in case dadih dah pejal, leh heat balik bagi dia cair).
5. Tabur serbuk koko atau cip coklat atas lapisan cheese. Sejukkan dalam fridge semalaman sebelum dihidang
CHEESEKUT
bahan:
cream cheese 250g
susu pekat manis 1/2 tin kecik
gula halus 1/4 cawan
biskut krim kraker sebanyak yg kita nak
(agak2lah sendiri)
biskut oreo yg dikisar sbyk yg kita nak
keju cheddar
cara buat:
putar krim cheese bersama gula dan susu pekat, dah sebati tu masukkan biskut krim kraker yang dah dipatahkan kecik. Gaul krim cheese n biskut biar sebati. Masukkan dalam bekas, tabur serbuk biskut oreo n keju cheddar yg diparut, ulangi langkah lapisan demi lapisan hingga selesai, tpi dgn bahan banyak ni sebenarnya cuma dapat dua lapisan utk bekas besar...dh siap masukkan dalam peti sejuk n tunggu ciskut ni keras sedikit barulah sedia utk dimakan.
cream cheese 250g
susu pekat manis 1/2 tin kecik
gula halus 1/4 cawan
biskut krim kraker sebanyak yg kita nak
(agak2lah sendiri)
biskut oreo yg dikisar sbyk yg kita nak
keju cheddar
cara buat:
putar krim cheese bersama gula dan susu pekat, dah sebati tu masukkan biskut krim kraker yang dah dipatahkan kecik. Gaul krim cheese n biskut biar sebati. Masukkan dalam bekas, tabur serbuk biskut oreo n keju cheddar yg diparut, ulangi langkah lapisan demi lapisan hingga selesai, tpi dgn bahan banyak ni sebenarnya cuma dapat dua lapisan utk bekas besar...dh siap masukkan dalam peti sejuk n tunggu ciskut ni keras sedikit barulah sedia utk dimakan.
Udang Masak Cili
Resepi ni sama dengan masak ketam tu..cuma tak perlu tambah air memandangkan udang tdk memerlukan masa yg lama untuk masak
Bahan
1 kilo udang galah.
3 Ulas cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos cili
garam secukup rs
1/4 keping gula melaka
sekeping asam keping
serbuk perasa (optional)
minyak untuk menumis
Cara buat:
Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar, letakkan gula melaka, asam keping, tumis hingga garing atau pecah minyak, masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa. Serasikan. Kemudian masukkan udang galah. Dengan api perlahan, biarkan masakan merenih dan bahan tumisan menjadi pekat.
Blh hias ikut citarasa. Sedia untuk dimakan.
KETAM MASAK CILI
Bahan
4 Ekor ketam dibelah dua.
3 Ulas cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos cili
garam secukup rs
1/4 keping gula melaka
sekeping asam keping
serbuk perasa (optional)
minyak untuk menumis
sedikit air
Cara buat:
Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar, letakkan gula melaka, asam keping, tumis hingga garing atau pecah minyak, masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa. Serasikan. Kemudian masukkan ketam. Masukkan air sedikit untuk memastikan isi ketam masak. Dengan api perlahan, biarkan masakan merenih dan bahan tumisan menjadi pekat.
Blh hias ikut citarasa. Sedia untuk dimakan.
Subscribe to:
Comments (Atom)






