Sunday, 27 October 2013

SPAGETI OLIO AYAM

Spageti Olio Ayam
Bahan:
spageti-rebus hingga lembik dan toskan
isi ayam yang sudah direbus sebanyak yg kita suka.
minyak zaiton secukupnya
herba parsley
oregano flakes
serbuk paprika
bawang putih
bawang besar holland
garam
serbuk perasa

cara buat:
panaskan minyak zaiton,tumiskan bawang putih dan bawang holland yg telah dicincang (ambo suko cincang kasar) hingga naik bau,jangan sampai hangit,masukkan isi ayam yang sudah direbus,kacau lebih kurang biar sedikit garing, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa, masukkan serbuk paprika,kacau lagi, masukkan herba parsley dan oregano flakes. agak2 semua bahan dan sebati, angkat. Taburkan lagi oregano dan herba parsley,juga serbuk paprika kalau mahu pedas.

sedia untuk dimakan.

*anak2 tak suka spageti tapi yang ni siap minta masakkan lagi malam ni.
Nak lagi sedap tabur serbuk keju parmesan tapi ambo takde stok keju ni, jadi kira macam ni sajalah. Mudah.

Selamat mencuba.

Saturday, 5 October 2013

ULASAN RINGKAS HANUMAN: POTRET DIRI KARYA UTHAYA SANKAR SB

Mungkin ia satu kisah epik yang bagi individu lain terlalu asing. Dengan nama wataknya, dengan unsur agama dan budaya di dalamnya. Semuanya asing. Berlatarkan dunia yang sudah tentu tidak nyata. Kisah di medan perang dengan makhluk yang juga jauh dari logik akal. Pun mengapa ia masih mengundang dentuman hebat dalam jiwa? Hati bergelora. Sedih. Semuanya bersatu dengan harapan yang menggunung dalam diri, iaitu untuk melihat kebahagiaan. Malangnya hampa. Lalu tidak waraskan AP kerana terlalu kasihankan kera putih bermata hijau itu? Sehingga pada satu tahap airmata mengalir apabila membaca kalimah : Kalau dibelah dadaku, mungkin akan kelihatan juga seekor kera putih yang menangis kerana rindukan kasih sayang ibu bapanya."

Ya sungguh sedih membaca kisah kasih ini.

Begitulah HANUMAN: POTRET DIRI.

Satu kisah kasih sayang yang disampaikan dengan cara tersendiri. Satu kisah pengorbanan yang memerlukan mata halus untuk melihatnya.

Lalu percayalah, kasih sayang itu ada di mana-mana.

Sunday, 29 September 2013

REVIEW THE TUNNEL GIRL KARYA NUR SAKINAH HANANI MOHD AZMI TERBITAN MAPIM

THE TUNNEL GIRL NUR SAKINAH HANANI MOHD AZMI

Ini bukan karya berbahasa Inggeris, sebaliknya untuk lebih menarik karya ini ditajukkan dengan Bahasa Inggeris. Suatu pendekatan yang baik untuk mengetengahkan sesuatu yang antarabangsa.

Nur Sakinah Hanani selaku pengarang novel nipis namun berat ini baru berusia enam belas tahun. Namun kelahiran novel sulung beliau untuk memberi impak besar bukan setakat untuk dirinya, malahan seluruh remaja kerana dalam keadaan remaja kita makin larut dalam kebobrokan sosial masyarakat, muncul seorang gadis menjadi srikandi dan layak menjadi contoh positif untuk semua remaja.

Biar AP mesrakan sapaan pengarang dengan ringkas nama Nani sahaja. Nani, dalam usia semudanya telah mampu menghasilkan sesuatu yang sarat dan berat melalui karya pertamanya yang mendapat perhatian banyak badan media negara kita. Kisah The Tunnel Girl merupakan kisah mengabadikan kenangan melalui terowong GAZa yang kini sudah dimusnahkan puak kufar pemerintah Sisi Laknatullah sebaik rampasan kuasa di Mesir. Tentu Nani sebagai anak gadis yang sempat mengalami situasi mendebarkan sepanjang melalui terowong yang sempit, yang banyak merakam suka duka dan getir hidup rakyat GAZA Palestine merasa bertuah kena mampu mengabadikan terowong ini dalam bentuk karya.

The Tunnel Girl, membacanya akan membuatkan anda tidak menjangkakan ia dihasilkan oleh pengarang yang tersangat muda namun usia muda tidak menghalangnya menghasilkan sesuatu yang bermakna, dari segi isi, teknik penceritaan, teknik visual dan segala macam lagi. Sekali imbas, kita akan menjangkakan karya pendek yang padat ini dihasilkan individu yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan.

Tidak hanya berkisar tentang terowong yang dilalui, Nani bijak mengetengahkan ilmu bantu yang ada padanya untuk dikosmesiskan ke atas karya ini. Pengetahuan tentang sejarah-sejarah tertentu, tentang As-Syahid Ahmad Yassin dan beberapa isu lain diadun cantik dalam karya ini.

DAlam pada itu sedikit sejarah tentang sahabat juga turut dimuatkan untuk menjadikan karya ini sebuah karya sejarah. Juga ada kisah tokoh pahlwan ulung Salahuddin Ayyubi. Semuanya memberi kita mengimbau semula peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Islam dalam idea baru.

lebih daripada itu, penyebutan watak abah, umi dan Abang Sani terasa dekat di hati AP kerana AP kenal mereka walaupun tidak secara nyata tapi pernah berhubung di alam maya ini terutama Kak Mas sebagai watak umi. Mengenali mereka yang penuh dengan sikap juang membuatkan kita lebih memahami erti perjuangan dalam diri Nani.

Konklusinya, The Tunnel Girl sebuah karya rakaman pengalaman gadis muda untuk membangkitkan semangat srikandi dalam diri anak muda terutama anak muda Malaysia yang semangat hanyut dan tenggelam gejala sosial.

Tidak kurang pentingnya juga untuk disebut, sekiranya anda telah mendapatkan The Tunnel Girl ini, bermakna anda secara tidak langsung akan membantu saudara-saudara kita di seluruh dunia kerana sebahagian daripada hasil jualan novel ini akan disalurkan ke tabung MAPIM yang cukup terkenal sebagai badan NGO yang banyak membantu ummah tertindas peringkat global.

Jadi, tidak rugi untuk anda dapatkan The Tunnel Girl, 3 dalam 1, hiburan, ilmu dan amal,

REVIEW CINTA CAPE TOWN KARYA NORA ISMA FUAD TERBITAN BUKU PRIMA

AMARAN: INI BUKAN KAJIAN ILMIAH DAN CUMA SEKADAR PANDANGAN PERIBADI

Abaikan mana-mana bahagian yang anda tidak persetujui.


REVIEW CINTA CAPE TOWN : NORA ISMA FUAD:BUKU PRIMA

Melihat tajuknya, AP terfikir-fikir, adakah kisah cinta mereka yang menjadi pemeran dalam karya ini bermula di Cape Town? Apa istimewanya Cape Town sehingga memungkinkan berlakunya  sebuah kisah yang diadun dalam novel setebal ini. Namun dugaan AP meleset, rupanya Cape Town tidak memulakan sebuah cinta untuk pemeran-pemeran utama dalam novel ini dan membentuk hubungan baru antara Ridzuan dan gadis yang awalnya disangka bernama One. Selebihnya Cape Town hanya sebuah destinasi jauh dari Malaysia yang mendatangkan kembali rindu kepada Saiful kepada si isteri.

                Baiklah, menilai Cinta Cape Town dari sudut karya kreatif, ia karya yang sangat baik kerana penulis Nora Isma Fuad berjaya menjadikan cerita ini i-novel seperti yang dicanangkan. Dialog-dialog yang terlantun daripada setiap watak bukan dialog kosong. Banyak ilmu bantu yang disebatikan di dalam setiap dialog, jadi pembaca mendapat banyak pengetahuan baru di situ. Ini merupakan trademark penulis ini bagi AP kerana setiap karyanya, sebagaimana Purnama Merindu sebelum ini juga bukan mahu mengetengahkan cinta semata-mata namun lebih utama daripada itu penulis sebenarnya mahu memberi ilmu dalam medium yang ringan atau setepatnya medium kreatif.

                Sinikal tentang gejala LGBT disentuh secara santai namun mengesankan. Malahan boleh membakar hati golongan-golongan tertentu. Aliran pemikiran pemikiran penulis dan pegangan penulis berkaitan isu ini diwakilkan oleh pemeran-pemeran dalam cerita. Ilmu tentang pembinaan terowong, tentang lukisan dan tokoh-tokoh hebat dalam lukisan turut disentuh. Tidak ketinggalan beberapa hukum agama dirungkai ‘manis’ melalui watak Natrah yang banyak menyimpan konflik sendiri.

                Latar novel ini tempat novel ini merentas sempadan, hingga ke Cape Town, hingga ke Rom namun ironinya  atau kontra daripada latar tempat yang jauh itu, latar masanya pula terlalu singkat. AP kira dalam novel setebal ini, ia hanya memakan masa lebih kurang dua ketiga minggu sahaja. Inilah yang menimbulkan kekaguman amat pada AP kerana penulis berjaya menjadikan cerita ini tidak meleret-leret walaupun mahu menceritakan banyak hal dalam tempoh masa yang singkat. Penulis memang berjaya memanipulasi ruang masa dalam karya dengan mengisi sebanyak mana konflik dan diberi pada setiap watak.

                Menyentuh tentang konflik, untuk watak utama Saiful dan Katrina, masalah mereka merupakan masalah biasa dalam rumahtangga. KIsah kasih sayang dan cinta yang semakin luntur apabila masa berganti masa. Apatah lagi apabila keputusan untuk menerima Saiful menjadi imam dalam keluarga dibuat  Katrina kerana perasaan marah dan dendam terhadap Nik Hisyam yang berpunca dari fitnah. Ini amat realistik. Konflik ini teramat-amatlah relevan kerana bayangan kekasih atau seseorang yang pernah mencatur arah dalam kisah percintaan kita masa silam, tidak banyak sedikit akan mengganggu hidup kita, apatah lagi jika kurangnya imam di dada, syaitan akan berusaha memainkan peranan bersungguh-sungguh untuk memastikan rumahtangga yang lama terjalin tidak kekal lama.

                Dalam hubungan yang semakin malap, dalam kondisi kita melihat terlalu banyak kelemahan pada pasangan kita, semua tidak mustahil. Tambahan apabila Katrina digambarkan sebagai watak yang inginkan kemewahan. Sikap biasa wanita tambahan apabila merasakan suami memang mampu untuk berbuat demikian tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian. Katrina mewakili banyak wanita metarialistik di luar sana, yang menuntut macam-macam bagi pandangan AP. Jujurnya watak begini mengundang benci AP terhadap Katrina. Dengan kelemahan pada hati yang masih terkenang kekasih lama, tidak memberi sepenuhnya cinta kepada suami walaupun sudah bertahun-tahun kahwin, materialistic, suka memburukkan suami dan tidak menyembunyikan aib suami memang mudah mencipta benci dalam hati kita. Padahal di sinilah istimewanya Cinta Cape Town ini apabila watak utama yang selalunya jika dalam karya konvensional dicitrakan penuh sempurna namun dalam novel ini watak ini tidak begitu sempurna. Kelebihan Katrina hanya kerana dia cantik. Itu sahaja.

                Bagi AP, watak Katrina yang mempunyai suami seperti Saiful (yang pernah satu masa bagai mahu tergelincir dan curang terhadapnya) tidak mampu mengundang simpati AP. Sebaliknya simpati ini lebih terarah kepada watak Natrah kakaknya yang banyak mengalami masalah emosi namun kuat. AP seakan merasa rentak sunyi Natrah yang tidak bersuami. Boleh faham mengapa dia memilih untuk terus sendirian. Kesetiaannya terhadap Hakim (jika tak silap) membuatkan dia menjunjung cinta itu sehinggalah benar-benar bertemu lelaki yang sesuai dengan dirinya. Memang Natrah digambarkan lebih sempurna sikap dan budi bahasanya berbanding Katrina. Walaupun ada beberapa sikap Natrah yang AP tidak setuju, AP sedia terima hakikat tidak semua manusia itu sempurna. Lagipun Natrah yang ada dalam Cinta Cape Town watak realistic. Relevan dengan manusia-manusia dalam alam reality.

                Saiful  mewakili ramai lelaki di luar sana. Ramai lelaki yang menganggap isteri  tetap akan kasih dan cinta kepada suami walau bagaimanapun layanan suami terhadap isteri. Tidak perlu berlebih-lebih melayan isteri. Tidak perlu berlebih-lebih atau berusaha untuk terus mewarnai kehidupan berumahtangga mereka. Dengan ada anak-anak sudah cukup untuk mengikat perkahwinan. Kebanyakan  lelaki memang berfikiran begitu. Tidak berusaha untuk memastikan seri cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga kekal.  Seperti di alam reality, Saiful juga tidak lari dari kecenderungan lelaki menjamu mata di luar. Dengan kehadiran Yati, menjelaskan lagi perangai Saiful. Memandangkan latar masa karya ini terlalu singkat, maka kita tidak boleh persoalkan kenapa Saiful tiba-tiba boleh berubah. Hanya dengan ajakan teman untuk ke Afrika, dia berubah menjadi pemurah dan sedia mempersetujui semua permintaan Katrina dalam masa singkat. Cumanya, Ap tidak boleh menerima tindakan bersetuju dengan ajakan teman untuk ke Afrika tanpa berbincang dengan isteri terlebih dahulu. PAdahal Afrika bukan dekat. Semacam tidak logic apabila ada suami bersikap demikian. Namun tidak bersetuju itu AP padamkan kerana ini NOVEL atau KARYA KREATIF, apa saja kemungkinan boleh BERLAKU!

                Duha. Kondisi biasa apabila seorang suami tidak dapat menerima kematian secara tiba-tiba. Namun menimbulkan sedikit rasa ralat apabila lelaki yang digambarkan obsess terhadap isteri sehingga gagal menerima hakikat kematian isteri dan hidup dalam dunia khayalan tiba-tiba boleh jatuh hati dengan mudah terhadap wanita hanya dengan sekali pandang apabila dia kembali normal. Namun demikian, saat pertama kali bertemu watak Duha dalam novel ini, kita dapat menebak Duha bakal menjadi harapan masa depan Natrah walaupun diganggu dengan kewujudan Sulaiman yang secara tiba-tiba menjadi suami Natrah. Sama ada mereka mampu bersatu atau tidak, anda dapatkanlah novel Cinta Cape Town ini.

                Nilaikan setiap konflik yang berlaku dalam diri Katrina, Saiful, Duha dan Natrah. Jika menyelami Katrina, cuba jenguk hati sendiri, adakah kita begitu? Sebab Katrina memang mewakili ramai wanita di alam reality seperti halnya Saiful yang disebut tadi.

                Konklusinya, Cinta Cape Town berjaya  menarik perhatian AP untuk terus membaca walaupun tidak sarat dengan konflik. Permasalah yang selalu berlegar dalam masyarakat  menjadi begitu menarik apabila berjaya digarap penulisnya dengan berjaya sekali. Jika ia bukan novel yang menarik AP tidak mampu menghabiskan bacaan hanya dalam masa separuh hari sahaja!

                Dapatkanlah karya ini di pasaran. Percayalah anda akan tenggelam dalam watak Katrina yang bagai menyuluh diri sendiri!

Saturday, 12 January 2013

coklat. coklat,coklat







Assalamualaikum. Sudah lama ambo tak update apa2 di sini. Bukan apa, banyak sangat komitmen, terutama komitmen terhadap anak2 sekolah n tumpuan kat hobi baru iaitu mencoklatkan diri. hehhehe. apapun in shaa Allah laman ni tidak akan dilupakan. Okey, tinggal dulu dengan koleksi coklat buatan tangan ambo. Alhamdulillah. akhirnya kan.