Sunday, 27 October 2013

SPAGETI OLIO AYAM

Spageti Olio Ayam
Bahan:
spageti-rebus hingga lembik dan toskan
isi ayam yang sudah direbus sebanyak yg kita suka.
minyak zaiton secukupnya
herba parsley
oregano flakes
serbuk paprika
bawang putih
bawang besar holland
garam
serbuk perasa

cara buat:
panaskan minyak zaiton,tumiskan bawang putih dan bawang holland yg telah dicincang (ambo suko cincang kasar) hingga naik bau,jangan sampai hangit,masukkan isi ayam yang sudah direbus,kacau lebih kurang biar sedikit garing, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa, masukkan serbuk paprika,kacau lagi, masukkan herba parsley dan oregano flakes. agak2 semua bahan dan sebati, angkat. Taburkan lagi oregano dan herba parsley,juga serbuk paprika kalau mahu pedas.

sedia untuk dimakan.

*anak2 tak suka spageti tapi yang ni siap minta masakkan lagi malam ni.
Nak lagi sedap tabur serbuk keju parmesan tapi ambo takde stok keju ni, jadi kira macam ni sajalah. Mudah.

Selamat mencuba.

Saturday, 5 October 2013

ULASAN RINGKAS HANUMAN: POTRET DIRI KARYA UTHAYA SANKAR SB

Mungkin ia satu kisah epik yang bagi individu lain terlalu asing. Dengan nama wataknya, dengan unsur agama dan budaya di dalamnya. Semuanya asing. Berlatarkan dunia yang sudah tentu tidak nyata. Kisah di medan perang dengan makhluk yang juga jauh dari logik akal. Pun mengapa ia masih mengundang dentuman hebat dalam jiwa? Hati bergelora. Sedih. Semuanya bersatu dengan harapan yang menggunung dalam diri, iaitu untuk melihat kebahagiaan. Malangnya hampa. Lalu tidak waraskan AP kerana terlalu kasihankan kera putih bermata hijau itu? Sehingga pada satu tahap airmata mengalir apabila membaca kalimah : Kalau dibelah dadaku, mungkin akan kelihatan juga seekor kera putih yang menangis kerana rindukan kasih sayang ibu bapanya."

Ya sungguh sedih membaca kisah kasih ini.

Begitulah HANUMAN: POTRET DIRI.

Satu kisah kasih sayang yang disampaikan dengan cara tersendiri. Satu kisah pengorbanan yang memerlukan mata halus untuk melihatnya.

Lalu percayalah, kasih sayang itu ada di mana-mana.